REPBETULKembali ke aplikasi

Gunakan dengan jelas

Terma Penggunaan RepBetul

Berkuat kuasa: 27 Julai 2026

Dengan menggunakan RepBetul, anda bersetuju dengan terma ini. Jika anda tidak bersetuju, jangan cipta akaun atau gunakan fungsi cloud.

Kelayakan dan akaun

RepBetul ditujukan kepada pengguna berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Anda bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat, menjaga kata laluan dan memaklumkan jika akaun dipercayai telah disalahgunakan.

Tujuan perkhidmatan

RepBetul membantu membina dan merekod program latihan berdasarkan input pengguna. Cadangan ialah alat pendidikan dan perancangan umum, bukan diagnosis, rawatan perubatan, fisioterapi atau jaminan hasil.

Tanggungjawab keselamatan latihan

Anda bertanggungjawab memilih beban, teknik dan julat pergerakan yang sesuai. Dapatkan nasihat doktor atau profesional kesihatan sebelum bermula jika anda mempunyai keadaan kesihatan, kecederaan, sedang hamil atau ragu-ragu tentang kesesuaian latihan. Berhenti dan dapatkan bantuan jika mengalami sakit dada, pengsan, sesak nafas luar biasa, sakit tajam atau gejala membimbangkan.

Penggunaan yang dibenarkan

Jangan cuba mengakses akaun orang lain, mengganggu perkhidmatan, memintas kawalan keselamatan, memuat naik kandungan berbahaya atau menggunakan RepBetul untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Data dan Coach Access

Anda mengekalkan tanggungjawab terhadap data latihan yang dimasukkan. Coach hanya boleh mengakses data cloud selepas akses diberikan. Anda boleh menarik balik akses tersebut. Sila baca Notis Privasi untuk maklumat pemprosesan data.

Ketersediaan perkhidmatan

RepBetul menyediakan fungsi percuma dan pelan coaching berbayar. Ciri boleh diperbaiki, diganti atau dihentikan dengan notis yang munasabah. Kami berusaha memastikan perkhidmatan tersedia dan tepat tetapi tidak menjamin operasi tanpa gangguan atau hasil fizikal tertentu.

Harga dan pelan coaching

Nama pelan, harga, kuota check-in dan tempoh akses dipaparkan sebelum checkout. Pelan RepBetul Guided dan RepBetul Pro boleh dibayar melalui Stripe atau ToyyibPay. Coaching Intensif berstatus “Akan datang” dan tidak menerima bayaran.

Stripe recurring

Bayaran Stripe ialah langganan bulanan yang diperbaharui secara automatik pada harga yang dipaparkan semasa checkout. Anda boleh mengurus atau membatalkan langganan melalui Akaun. Pembatalan menghentikan pembaharuan akan datang dan akses kekal sehingga tamat tempoh yang sudah dibayar.

ToyyibPay sekali bayar

Bayaran ToyyibPay memberikan akses selama 30 hari dan tidak diperbaharui secara automatik. Akses hanya diaktifkan selepas callback bayaran yang sah diterima dan disahkan oleh sistem.

Status bayaran dan akses

Membuka checkout atau kembali ke aplikasi tidak membuktikan bayaran berjaya. Pesanan pending, dibatalkan atau gagal tidak mengaktifkan pelan. Selepas bayaran disahkan, status pelan, kuota dan tarikh tamat dipaparkan dalam Akaun. Sejarah latihan dan jawapan coaching kekal selepas akses berbayar tamat, tertakluk kepada polisi penyimpanan data.

Refund

Refund penuh boleh diminta dalam masa 7 hari selepas bayaran jika belum menggunakan sebarang check-in coaching. Selepas check-in digunakan atau selepas 7 hari, permintaan akan dinilai mengikut kes dan tertakluk kepada undang-undang yang terpakai. Tempoh wang dikreditkan semula bergantung pada penyedia bayaran dan bank.

Harta intelek

Jenama, reka bentuk, teks dan sistem RepBetul dilindungi. Penggunaan peribadi tidak memindahkan hak untuk menjual semula, menyalin secara pukal atau mendakwa kandungan RepBetul sebagai milik sendiri.

Penggantungan dan penamatan

Akses boleh dihadkan jika terdapat penyalahgunaan, risiko keselamatan atau pelanggaran terma. Jika perkhidmatan ditamatkan, langkah munasabah akan diambil untuk memaklumkan pengguna dan melindungi data yang masih diperlukan.

Undang-undang terpakai

Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia. Sebelum pertikaian formal, pengguna digalakkan menghubungi sokongan rasmi melalui halaman Bantuan RepBetul untuk penyelesaian secara baik.

Perniagaan berdaftarCOACH AKMAL RESOURCES (TR0215971-T)
PrivasiTermaPenafianBantuan