Sokongan rasmi
Bantuan RepBetul
Berkuat kuasa: 27 Julai 2026
Untuk bantuan akaun, coaching atau bayaran, hubungi COACH AKMAL RESOURCES (TR0215971-T) melalui salah satu saluran rasmi berikut.
Sebelum menghubungi kami
Sediakan maklumat berikut supaya semakan lebih cepat:
- Alamat e-mel akaun RepBetul.
- Pelan dan kaedah bayaran: Stripe atau ToyyibPay.
- Tarikh, jumlah dan nombor pesanan atau resit jika ada.
- Penerangan ringkas masalah serta tangkap layar yang tidak mendedahkan data sensitif.
Jangan hantar kata laluan, nombor kad penuh, CVV, OTP, PIN atau maklumat log masuk bank. Kami tidak akan meminta maklumat tersebut.
Bayaran pending atau gagal
Jangan bayar kali kedua jika status masih pending. Tunggu pengesahan penyedia, refresh aplikasi dan semak semula akaun. Jika akses masih belum aktif, hubungi kami dengan butiran pesanan.
Pembatalan Stripe
Langganan Stripe boleh dibatalkan melalui pengurusan langganan dalam Akaun. Pembatalan menghentikan pembaharuan akan datang dan akses kekal sehingga tamat tempoh yang sudah dibayar.
ToyyibPay
ToyyibPay ialah bayaran sekali untuk akses 30 hari dan tidak diperbaharui secara automatik.
Polisi refund
Refund penuh boleh diminta dalam masa 7 hari selepas bayaran jika belum menggunakan sebarang check-in coaching. Selepas check-in digunakan atau selepas 7 hari, permintaan akan dinilai mengikut kes dan tertakluk kepada undang-undang yang terpakai.
Tempoh wang dikreditkan semula bergantung pada penyedia bayaran dan bank. Hubungi sokongan rasmi untuk memulakan semakan refund.